Diterbitkan pada 21 September 2023, 13:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Perak – Minat generasi muda terhadap pantun dapat dilihat sewaktu Bengkel Irama Pantun Merentas Alam yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) baru-baru ini. Bengkel tersebut merupakan anjuran Kelab Penyair dan Deklamator Perak melalui kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Ulu Perak.

Bengkel yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menerapkan cara penulisan dan penyampaian pantun yang betul dalam kalangan generasi muda. Bengkel yang berdurasi selama empat jam ini disampaikan oleh Guru Cemerlang Kebudayaan dari  Melaka, Norliza Md Yamin dan jurulatih pasukan pantun Sekolah Kebangsaan Long Tuma, Lawas Sarawak, Ahmad Fikri Ab Rahman.

Selain itu, bengkel ini turut menyentuh beberapa inti pati lain antaranya seperti cara membaca pantun, cara menjadi hakim untuk menilai peserta Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan 2019, petua menghasilkan pantun yang baik dan perkara yang perlu dielakkan sewaktu bertanding.

Jurulatih pasukan pantun Sekolah Kebangsaan Long Tuma, Lawas Sarawak, Ahmad Fikri Ab Rahman mendengar rangkap pantun yang dihasilkan oleh pelajar.

Naib Yang Dipertua Kelab Penyair dan Deklamator Perak, Azmi Ismail berkata, ilmu yang diberikan oleh pembimbing dapat memberikan faedah kepada peserta bengkel.

Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Puan Khairul Anum Mohd Ali mengatakan bahawa beliau juga memperoleh input baru selepas mengikuti bengkel ini.

Jual beli pantun menjadi pemacu untuk menggerakkan minda supaya menjadi lebih kreatif dalam mencari perkataan yang sesuai bagi memastikan rima dan sebutan setiap rangkap pantun itu betul.

Pegawai pendidikan daerah Hilir Perak, Shamsuddin Tajul Urus pula berpendapat bahawa bakat pantun ini perlu dipupuk dalam diri anak sejak akar umbi lagi agar tradisi pantun ini dapat diteruskan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kongsinya lagi,

Bengkel ini dilaksanakan bagi melihat kebolehan pelajar untuk menjadi pemantun yang hebat.

Guru Cemerlang Kebudayaan dari Melaka, Norliza Md Yamin memberikan petua menghasilkan pantun yang baik

Pada akhir bengkel ini, peserta dapat mengolah dan menyampaikan pantun dengan cara yang betul serta kreatif. Petua yang diberikan oleh pembimbing sangat berguna dan dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan untuk memastikan nilai estetika pantun ini dapat dikekalkan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi