Diterbitkan pada 19 September 2023, 10:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Umurku baru 19 tahun,

Mentah dalam segala hal.

 

Tiap hari bangkit cuba sesuatu yang baru,

Demi tambah ilmu yang cetek,

Ada hari penuh keluhan,

Bangun pagi terus merengek lelah,

Padahal kerja aku yang paling mudah.

 

Hidup di tanah makmur bersama-sama orang baik,

Aku tidak rasa hidup dalam peperangan senjata,

Tidurku paling-paling pun diganggu jam penggera,

Bukan bom mahupun tembakan.

 

Yang terhias di desa cuma orang sawah,

Tidak tergantung kepala manusia derhaka,

Tiada Jepun mahupun British yang berlegar,

Lantas, nikmat apa-apa lagi yang harus aku dustakan?

 

Aku bersyukur duduk di tanah merdeka,

Kerja keras nenek moyang dahulu kala,

Meski tak mampu membalas jasa,

Aku bisa harumkan nama,

Jaga Malaysia dengan baik,

Agar penjajahan tetap menemui titik.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi