Oleh Nubailah Nasri
16 September 2023, 14:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – 15 September 2023, bertempat di SMK Derma telah berlangsungnya pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Perlis (Kategori Sekolah Menengah). Pertandingan akhir itu telah mempertemukan SMK Derma dan SMK Dato Sheikh Ahmad.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bersempena dengan Karnival Koakademik bahasa Melayu.

Peserta bergambar kenangan.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar agar berkemahiran dalam mengutarakan hujah secara bernas dan teratur, di samping melahirkan pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang mempunyai kemahiran berhujah secara spontan, namun bersopan.

Pasukan bahas SMK Derma dianggotai oleh Wan Harith Irfan Wan Ahmad Ridzuan, Amsyar Thaqif  Zulkiflee, Nur Izzuddin Amir Ismail, Alya Naimah nazery dan Faiz Najhan Noor Mohd Zakri.

Jurulatih pasukan, iaitu Puan Azuraini Abu Bakar mengatakan bahawa walaupun pasukan ini baru dibentuk,  namun pelajar  telah berjaya mencipta keserasian sesama mereka selain mempunyai kerjasama berpasukan yang kuat dalam kalangan mereka.

Nur Izzuddin Amir Ismail telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik pertandingan tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Bakat Murid Negeri Perlis, Encik Shaifulazhar Awang.

Pasukan bahas ini akan mewakili negeri Perlis pada peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung bulan Oktober ini di Labuan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.