Oleh Nubailah Nasri
14 September 2023, 10:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Kelunakan suara Amirulshah Wafi Rosmizan mendendangkan syair irama batu belah telah menobatkan beliau sebagai johan Dendangan Syair, sekali gus melayakkannya mewakili Perlis pada peringkat kebangsaan.

Pada 13 September 2023, bertempat di SMK Agama Al Islahiyah, Kangar Perlis telah berlangsungnya pertandingan Dendangan Syair (Menengah Rendah).

Sebanyak 18 orang peserta telah mengambil bahagian. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah di sekitar Perlis.

Pemenang menerima hadiah daripada tetamu kehormat.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang dendangan syair, di samping memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera.

Pelbagai Irama telah dipilih oleh peserta untuk mendendangkan syair, antaranya termasuklah irama batu belah, irama selendang delima, irama narasi, irama hiasan dan irama dodoi.

Penganjuran pertandingan Dendangan Syair diterima baik dalam kalangan generasi muda.

Peluang ini membolehkan peserta menerima pelajaran baharu berkaitan dengan irama yang terdapat dalam syair.

Melalui penganjuran pertandingan seperti ini, telah membuktikan kepada masyarakat kita bahawa puisi tradisional masih diterima oleh generasi muda kini.

Berikut merupakan keputusan pertandingan Dendangan Syair bersempena dengan Karnival Perpaduan Bahasa Melayu Negeri Perlis anjuran Jabatan Pendidikan negeri Perlis.

Johan – Amirulshah Wafi Rosmizan (SMK Syed Alwi)

Naib Johan – Ainnur Naqeebah Mohd Hafedz (SMK Syed Hassan)

Tempat ketiga – Solehah Faizul  (SMKAP)

Tempat keempat  – Nur Fitrah Salwa Azzuha Fais (SMK Derma)

Tempat kelima – Nur Ilya Qistina Norhasmawi (SMK Lailatul Shahreen)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.