Oleh Nubailah Nasri
22 Ogos 2023, 14:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) ke-37 telah berlangsung pada 20 Ogos 2023 bertempat di Perpustakaan Awam negeri Perlis.

Sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Penulis Perlis (3P) dan Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Perlis dan Perpustakaan Awam negeri Perlis telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sebanyak 22 orang peserta turut serta dalam sayembara ini. Tujuannya adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam arena puisi tanah air, selain memberikan pendedahaan kepada generasi muda khususnya, pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Satu daripada peserta yang beraksi dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-37.

3P telah berjaya menganjurkan program besar seumpama ini dan sentiasa menjadi wadah penyalur maklumat berkaitan dengan aktiviti kesusasteraan di negeri Perlis kerana pada tahun ini sambutan penyertaan yang diterima sangat menggalakkan sehingga melebihi penyertaan pada tahun sebelumnya.

Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik Armin Azhari Saleh bersama-sama Pengerusi Kebajikan Perlis, Tuan Haji Affandi Rajni Khan dan Ketua 1 3P

Mohd Anwar Jamil telah dinobatkan sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) ke-37. Beliau berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1000. Naib johan pula diberikan kepada Basri Ramli yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700, manakala tempat ketiga pula diberikan kepada Nur Husnina Yusof. Beliau berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500. Nur Yusry Mansor, Nor Nubailah Nasri dan Afifah Abdullah pula menerima hadiah sagu hati.

Sayembara ini menampilkan Encik Hamran Jantan, Puan Zalina Ahmad dan Cik Ainun Syakirah Suzaidee sebagai juri. Mereka antara yang berpengalaman dalam arena deklamasi puisi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.