Oleh Nubailah Nasri
26 Julai 2023, 10:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Pada 25 Julai 2023, Persatuan Penulis Perlis (3P) dengan Kerjasama Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Deklamasi Puisi Kanak-kanak bersempena dengan Hari Puisi Kebangsaan 2023.

Penganjuran bengkel ini sebagai persediaan kepada peserta untuk menyertai sayembara deklamasi selepas ini.

Ainur Syakirah Suzaidi.

Bengkel  ini telah dihadiri hampir 100 orang pelajar dari seluruh negeri Perlis.

Johan Sayembara Puisi Kemerdekaan 2019, iaitu Ainur Syakirah Suzaidi diberi peluang untuk berkongsi pengalaman beliau semasa menyertai pertandingan deklamasi puisi.

Pada kesempatan ini, beliau memberikan beberapa panduan dan berkongsi ilmu dengan peserta. Selain itu, beliau juga menunjukkan cara bagaimana mendeklamasikan sajak kepada peserta.

Bengkel tersebut juga turut mendapat sentuhan daripada guru yang membimbing Ainur Syakirah, iaitu Amir Sanusi. Beliau merupakan pendeklamasi dari negeri Perlis.

Amir Sanusi berkongsi teknik hafalan puisi yang betul serta cara mendeklamasikan puisi mengikut nada dan intonasi yang bersesuaian.

Pelajar berasa begitu seronok sewaktu menyertai bengkel ini kerana bagi mereka pengalaman bersama-sama juara sayembara deklamasi puisi ini sangat berharga.

Pelbagai soalan telah dikemukakan oleh peserta untuk mengetahui teknik bacaan puisi yang berkesan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Muhamad yang merupakan Ketua 1 3P dan Dr. Norhasimah Ketua 2 3P.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.