20 Julai 2023, 15:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lenggong – Pelancaran Program Sambutan Bulan Perpaduan dan Kemerdekaan Peringkat komuniti Lenggong, Perak yang melibatkan hampir 100 orang penduduk Lenggong telah berlangsung di Wakaf Che Teh Fatimah, Kampung Sira, Perak pada 19 Julai 2023.

Persembahan kesenian deklamasi puisi berjudul “Persahabatan”, bicara berirama dan nyanyian lagu Bahtera Merdeka oleh pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Lenggong merupakan tarikan utama untuk program komuniti yang mendapat sokongan penuh dalam kalangan penduduk daerah Lenggong.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam Program Sambutan Bulan Perpaduan dan Kemerdekaan Peringkat komuniti Lenggong, Perak.

Ahli komuniti wakaf turut bekerjasama menyediakan juadah kepada tetamu, sekali gus memperlihatkan perpaduan yang terjalin dalam komuniti masyarakat Lenggong yang akrab dalam membentuk masyarakat yang harmoni.

Program ini turut berkongsi ilmu berkenaan dengan Malaysia MADANI serta ilmu perihal kemerdekaan dan perpaduan negara yang disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Daerah Lenggong, Encik Farizul Anuar Razali selaku perasmi program tersebut.

Permuafakatan yang terjalin dalam program ini secara tidak langsung menjadi asas penting untuk meningkatkan perpaduan masyarakat serta memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang erti kemerdekaan sebenar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.