Oleh Nubailah Nasri
13 Julai 2023, 12:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kedah – Program Perkampungan Bahasa Peringkat Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan negeri Kedah telah berlangsung pada 9 hingga 12 Julai, bertempat di Alor Setar, Kedah.

Program yang melibatkan sebanyak 134 orang pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 dari seluruh Malaysia ini telah berjaya memberikan pendedahan baharu kepada mereka untuk mengasah bakat mereka dalam bidang penulisan kreatif.

Pengisian aktiviti sepanjang Program Perkampungan Bahasa Peringkat Kebangsaan 2023 yang berlangsung pada 9 hingga 12 Julai.

Melalui program ini, KPM berhasrat agar pengisian ilmu dan kemahiran berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam memperkasakan bahasa Kebangsaan dapat diterapkan kepada pelajar serta memberikan pendedahan untuk mereka berkenaan dengan dunia kesusasteraan Melayu.

Objektif utama program ini adalah untuk mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang penulisan selain memberikan pendedahan asas kepada peserta berhubung perbezaan antara penulisan biasa dengan penulisan kreatif.

Aktiviti yang diadakan sepanjang empat hari tiga malam ini, diisi dengan bengkel berkenaan teknik penulisan syair dan sajak serta tugasan menghasilkan penulisan kreatif.

Aktiviti berkumpulan.

Majlis penutupan Perkampungan Bahasa Peringkat Kebangsaan 2023 ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Kurikulum, Kejurulatihan dan Penggalakan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, iaitu Encik Zukifli Nordin, mewakili Pengarah BSKK, KPM untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Syair Terbaik, Sajak Terbaik dan Persembahan Terbaik Kreatif Sajak dan Syair.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.