Oleh Adilah Zulkiffli
7 Julai 2023, 16:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Di taman ilmu dan budi,

tersebarnya lautan bicara,

bicara hak kebenaran,

bahasa syurga menjadi wadah.

 

Bicara itu bukanlah bicara biasa,

bicara sawala itulah medan perjuangan,

bagi anak muda berjiwa besar,

dibawa paksi kesungguhan asbab utama.

 

Bicara sawala Timur Tengah,

tempat persinggahan lontaran fikrah,

awalan kalam mulanya salam,

alunan selawat serta doa pembuka bicara.

 

Seteru dirai senyuman diukir,

tatasusila juga tidak ketinggalan.

 

Hujah dirai tidak semestinya dimiliki,

berdiri seteru dari tempatnya,

persoalan diberi jawapan dilontar,

tanda sawala mulai hangat,

bahasa syurga kian fasih berdiri.

 

Hakim mengerling serius,

hujah dicatat tanda penilaian,

diadili berhemah tanpa ragu,

warkah penilaian saksi bersejarah.

 

Huluran salam diberi,

dibalas seteru berjabat tangan,

senyuman terukir meskipun penat,

mempertahankan hujah kukuh bak besi.

 

Saat debaran kian terasa,

keputusan diumum tanda pengakhiran,

akurnya seteru pengumuman ini,

ucapan syukur terbit dari sanubari,

tanda kemenangan dan kekalahan dirai.

 

Bicara sawala Timur Tengah ini,

bukanlah medan keunggulan dicari,

bukan juga kehebatan diukur,

bukan jua keangkuhan dicipta,

namun kemampuan peribadi diukur,

sebuah perjuangan yang luhur,

tidak akan mungkin ditemui lagi.

 

Bicara sawala Timur Tengah ini

takkan mati.

Jika diteruskan tanpa noktah hakiki.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.