Diterbitkan pada 28 Jun 2023, 09:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Karya: Hanyut

 

Ayah,

Kemarahan terhadapmu,

Umpama lahar yang meletus dari gunung berapi,

Jikalau membutakan mata itu satu pilihan,

Aku sanggup melakukannya,

Bahkan aku juga sanggup

Menghilangkan deria pendengaranku,

Biarku tidak sedar kewujudanmmu,

Biarku hidup tanpa bayangmu.

 

Sudah tidak bermaya lagi,

Cukuplah dengan peraturanmu,

Cukuplah dengan perintahmu,

Aku bukan hamba,

Aku ialah aku,

Aku dahagakan kebebasan,

Terasa diriku ini terperangkap,

Kesamaran tanpa penghujungnya,

Bebaskanlah sayapku,

Leraikanlah ikatanku,

Inginku terbang bersama burung-burung lain.

 

Sedetik sesaat masa seolah jeda seketika,

Kini aku sedar,

Dalam diam ayah berkorban,

Perasaan kesal mengejar tanpa henti,

Walaupun seribu tahun,

Tidak terjawab dosaku,

Ketika itu aku tidak sedar,

Aku benar-benar buta,

Buta melihat segala pengorbanan ayah.

 

Ayah,

Biarlah aku menjelajahi masa,

Mencipta semula kenangan,

Malangnya takdir tidak boleh diubah,

Takdir ialah samudera yang tak boleh diselami.

 

Sesungguhnya aku terlalu merindui bisikan cintamu,

Aku  merayu kepadamu, ayah!

Kembali membisikkan madah cinta ini.

Kembali membugarkan wasiat kasih kita,

Kembalilah ayah dalam dakapanku ini.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi