Oleh Nubailah Nasri
27 Jun 2023, 12:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – 26 Jun Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis telah menganjurkan pertandingan Forum Remaja 2023, pada 26 Jun 2023, bertempat di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.

Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk memberikan ruang dan galakan kepada pelajar sekolah untuk menggunakan bahasa Melayu baku yang akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik.

Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan Forum Remaja 2023.

Selain itu, pertandingan ini mampu melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketerampilan di samping berhujah dalam bahasa Melayu dengan baik.

Usaha murni DBPWU dan JPN Perlis ini mampu memartabatkan bahasa Melayu serta mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam dariaspek sebutan.

Adik Nur Afrina Amir dari SMK Agama (P) Alawiyah telah menerima anugerah Pengerusi Forum Terbaik. Beliau berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200. Bagi pemforum terbaik pula dimenangi oleh adik Nik Muhamad Afif Zahin Nik Mohd Basri dari SMK  Derma, yang berjaya memperoleh wang tunai sebanyak RM200.

Keputusan pertandingan forum ini telah memihak kepada SMK Agama (P) Alawiyah sebagai johan, dan berjaya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000, tempat kedua pula diberikan kepada SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Kemenangan ini membolehkan pemenang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM700, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh SMK Derma dengan hadiah kemenangan sebanyak RM500.

Dua buah sekolah yang mendapat hadiah sagu hati ialah SMK Kuala Perlis dan SM Sains Tuanku Syed Putra. Masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.

Pertandingan ini dihakimi oleh tiga orang munsyi dewan, iaitu Encik Zaki Halim, Puan Zalina Ahmad dan Dr. Ahmad Fuad Mat Hassan.

Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Tuan Haji Che Rasaidi Che Yob diiringi oleh Perancang Bahasa DBPWU, Encik Pian Pro Poul, Pengetua cemerlang SMS Tuanku Syed Putera, Puan Julaila Yahya dan Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Bakat, Encik Mohd Shaifulazhar Awang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.