Oleh Nubailah Nasri
18 Jun 2023, 09:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Mohd Shahadat Ali Nordin memenangi johan dalam Pertandingan Puisi Piala Jamalullail yang diadakan bersempena dengan penganjuran Festival Kesenian, Budaya dan Bahasa yang diadakan pada 17 Jun 2023.

Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM 900 berserta piala. Mohd Faizal Mehat pula memenangi tempat kedua, dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM700, manakala tempat ketiga diberikan kepada Cik Wan Waafa Mohd Zaidy. Beliau memenangi wang tunai sebanyak RM500.

Pemenang bergambar kenangan.

Hadiah kepada peserta yang mendapat sagu hati telah disampaikan pada petang itu oleh Rektor KUIPs, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle yang diiringi oleh Perancang Bahasa DBPWU, Encik Pian Pro Poul.

Rektor KUIPs, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle yang diiringi oleh Encik Pian Pro Poul menyampaikan hadiah kepada penerima sagu hati.

Pertandingan Puisi Piala Jamalullail ini merupakan kerjasama antara Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU).

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat baharu untuk mendeklamasikan puisi. Sebanyak 17 penyertaan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam pertandingan ini juga, pendeklamasi diminta untuk menghasilkan puisi ciptaan mereka sendiri. Secara tidak langsung pertandingan ini memberikan ruang kepada peserta untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang penulisan puisi.

Pertandingan ini telah diadili oleh tiga orang juri, iaitu Munsyi Dewan; Puan Zalina dan Encik Zaki Halim serta pensyarah dari Universiti Utara Malaysia serta merangkap Ketua 2 Persatuan Penulis Perlis, iaitu Dr. Norhasimah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.