Diterbitkan pada 9 Jun 2023, 10:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Menuju sebuah perjalanan,
Seorang insan kerdil yang buncah,
Berjalan di kaki mentari,
Memegang erat bumbun kehidupan.

Dia cuba menilai warna senja,
Yang berlabuh pada ufuk langit,
Kudratnya perlu kuat,
Sekuat kentala-kentala yang terbang,
Menyingkapi nasib hari esok.

Dia seorang insan kerdil,
Sudah penat dengan lenakan,
Jiwanya inginkan paldu dari Tuhan,
Sebelum tenggelam mentari pudar.

Tuhan,
Dia insan kerdil yang tersasar,
Yang ingin mendakap cahaya petunjuk,
Jadikan dia Tuhan, hamba yang terpilih,
Untuk melihat mentarimu,
Untuk merasai silir anginmu,

Insan kerdil itu tahu,
Mentari Tuhan pasti ada lagi,
Dia ingin bertemu,
Sambil mengangkat tangan,
Air matanya mula menitis,
Jatuh dan tenggelam bersama mentari senja itu.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi