Diterbitkan pada 7 Jun 2023, 10:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Pada 6 Jun 2023, sebanyak 21 orang guru dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkampung di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) untuk menimba  ilmu berkaitan dengan forum remaja.

Bengkel yang bermula seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang ini merupakan anjuran DBPWU dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

YBrs. Dr. Haji Abang Patdeli Haji Abang Muhi.

Bengkel yang dikendalikan oleh mantan Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu YBrs. Dr. Haji Abang Patdeli Haji Abang Muhi.

Dalam bengkel tersebut, beliau memberikan penekanan dari aspek kebahasaan dan teknik persediaan sebelum pertandingan.

Keterujaan setiap guru pembimbing untuk memahami asas kebahasaan dan teknik berforum yang betul telah membuatkan mereka tidak sabar untuk mengaplikasikan ilmu tersebut.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Perancang Bahasa dari DBPWU, iaitu Puan Khairul Anum Mohd Ali dan Encik E-Pian Pro Poul.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi