30 Mei 2023, 14:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Buku Kumpulan Cerita Rakyat Korea Jilid 1, 2 & 3 merupakan koleksi penerbitan buku terjemahan baharu di bawah  Projek Penerbitan Buku Terjemahan yang dikendalikan oleh IIUM Press bersempena status Kuala Lumpur sebagai “Ibu Kota Dunia” yang dinobatkan oleh UNESCO pada tahun 2020 yang lalu.

Majlis Pelancaran Buku Kumpulan Cerita Rakyat Korea Jilid 1, 2 & 3 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini akan disempurnakan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, YBhg. Datin Paduka Hajah Mastura Haji Muhamad, pada 1 Jun 2023, bertempat di Bilik Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Melalui projek ini, sebanyak 39 judul siri terjemahan buku cerita rakyat dunia telah diterjemahkan, dan lima daripada buku tersebut berjaya diterbitkan. Selain itu, IIUM Press turut menerbitkan 28 judul lain untuk siri buku terjemahan IIUM Press dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Arab, Inggeris, Indonesia dan Jepun.

Poster Majlis Pelancaran Buku Kumpulan Cerita Rakyat Korea Jilid 1, 2 & 3. 

Di samping itu, turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya dalam Program Pertandingan Video Resensi Buku IIUM Press 2023. Peserta yang menyertai pertandingan ini harus menghasilkan rakaman ulasan berdasarkan judul buku terbitan IIUM Press untuk dinilai oleh juri penilai.

Penyertaan untuk Pertandingan Video Resensi Buku IIUM Press 2023 ini terbuka kepada empat kategori utama, iaitu orang awam, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan peringkat universiti.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan majlis pelancaran ini, pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 boleh menghubungi, Encik Saiful Riza melalui talian 012-341 3047 atau e-mel, [email protected].

Pihak penganjur meraikan kehadiran wakil media tempatan untuk menyemarakkan lagi Pelancaran Buku Kumpulan Cerita Rakyat Korea Jilid 1, 2 & 3.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.