26 Mei 2023, 07:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pembentangan Awal Penilaian Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif 2023/2024 anjuran Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah diadakan pada 25 Mei 2023 bertempat di Bilik Aula Perdana, ASWARA.

Sebanyak sebelas orang pelajar penulisan kreatif yang terlibat dalam sesi pembentangan yang diadakan secara tertutup dengan mengetengahkan idea dan konsep penulisan kreatif masing-masing dan sebarang idea serta penilaian pensyarah adalah sulit sebelum menetapkan tarikh akhir pembentangan naskhah.

Suasana sekitar sesi pembentangan dan penilaian PeTA awal berlangsung pada 25 Mei 2023, ASWARA.

Penilaian dalaman ini dibuat adalah bertujuan untuk melihat pemahaman pelajar terhadap pembinaan naskhah mereka, melihat kesegaran serta pemikiran kritis dan kreatif pelajar dalam menangani masalah semasa berkarya.

Empat panel penilai terdiri daripada pensyarah fakulti penulisan kreatif, filem dan televisyen turut terlibat dalam sesi penilaian. Pembentangan idea untuk naskhah akhir pelajar banyak mengangkat isu keciciran pendidikan, adat dan budaya serta isu global dan semasa dunia.

Menariknya, pembentangan oleh sebelas orang pelajar ini memperlihatkan bagaimana mereka cuba lari daripada kebiasaan naratif kreatif yang sudah sedia ada dengan menyelitkan unsur yang lebih unik seperti bermain dengan waktu, pembentukan watak, logik, plot dan isu dalam karya.

Ketipisan idea dan cerita menarik, khususnya dalam kalangan penulis muda menjadikan pembentangan naskhah awal ini sebagai satu daripada usaha untuk mengenal pasti di mana punca dan akar masalah dalam pengembangan idea.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.