21 Mei 2023, 22:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur — Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kedah Darulaman menjadi juara Temasya Pantun Kerabat (TEPAK) Bestari 2023 yang berlangsung pada hari ini di Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM).

Kemenangan itu membolehkan pasukan pemantun dari IPG Kampus Kedah Darulaman memenangi trofi dan wang tunai sebanyak RM2000.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam mendapat tempat kedua, dan berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1500. Tempat ketiga pula disandang oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak yang memenangi wang tunai sebanyak RM1000.

Mengangkat tema “Magika”, pesta pantun ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kolej Keempat (Bestari), UM.

Sebanyak 16 buah pasukan daripada penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh Malaysia bersaing merebut Piala Sri Gumum TEPAK Bestari yang berlangsung selama tiga hari, iaitu bermula dari 19 – 21 Mei 2023.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Encik Rahimi bin Arifin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, DBP.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Encik Rahimi bin Arifin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, mewakili Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.