16 Mei 2023, 12:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Masyarakat madani merupakan sistem sosial yang subur dan diasaskan pada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat.

Bersempena dengan itu, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Melaka menganjurkan Sayembara Penulisan Sajak Masyarakat MADANI 2023.

Jabatan Undang-undang dan Kelab Media, Fakulti Perakaunan melalui kerjasama rakan strategik Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UiTM Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, AID Academy dan Kelab Akademik Mesra Intelek (KAMI) turut bergabung tenaga merealisasikan sayembara ini.

Poster Sayembara Penulis Sajak Masyarakat MADANI 2023 anjuran Universiti Teknologi Mara, Cawangan Melaka.

Mengangkat tema Membangun Masyarakat MADANI, sayembara ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada penulis mencurahkan kreativiti mereka, dan secara tidak langsung juga dapat memahamkan peserta perihal resolusi slogan Malaysia MADANI yang dilaung oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sayembara Penulisan Sajak Masyarakat MADANI 2023 ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja dan setiap penyertaan adalah percuma. Sebarang syarat penyertaan dan penghantaran karya, peserta boleh mengimbas kod QR atau klik pautan yang disediakan di laman media sosial Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.