Oleh Nubailah Nasri
10 Mei 2023, 10:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Pada 8 dan 9 Mei telah diadakan Kem Daie Pena Muda Siri 2, bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Perlis. Pada pertemuan kali ini, pelajar telah berjaya menghasilkan 20 buah cerpen yang mengangkat tema Dakwah Inspirasi. Cerpen yang dihasilkan telah disunting dari segi teknikal untuk penambahbaikan oleh editor dan juga penulis Puan Ku Sunira Ku Johari.

Dalam kem ini, pelajar telah membentangkan karya mereka di hadapan juri melalui slot “Bedah Karya”, iaitu dengan membaca kisah dakwah inspirasi mereka mengikut kreativiti sendiri.

Melalui pembentangan tersebut, juri yang terdiri daripada Puan Ku Sunira Ku Johari, Encik Asri Abidin dan Puan Nor Nubailah Nasri akan memilih karya pelajar untuk dibawa pada peringkat Kebangsaan pada bulan Jun nanti.

Peserta Kem Daie Pena Muda Siri 2 yang berjaya menghasilkan karya cerpen bertemakan Dakwah Inspirasi.

Menurut seorang daripada peserta Kem ini, Syazmin Ameera Fitri Faaizul Aswad dari Sekolah Menengah Agama Perempuan Alawiyah Kangar (SMKAP) mengatakan bahawa pengalaman pertama belajar menghasilkan cerpen adalah kenangan yang amat berharga dalam hidupnya. Walaupun masih muda, beliau mampu menghasilkan cerpen yang mempunyai nilai dakwah inspirasi yang tinggi. Memilih tajuk “Metafora” untuk cerpennya, beliau berharap agar karyanya terpilih mewakili negeri Perlis pada peringkat kebangsaan nanti.

Program ini melabuhkan tirai dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Pegawai Sektor Pendidikan Islam, Puan Wan Norishah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.