8 Mei 2023, 10:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Pertandingan Video TikTok Edisi Malaysia Membaca anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia yang berlangsung pada 20 Februari hingga 15 Mei 2023, kini dilanjutkan hingga 31 Mei 2023.

Objektif utama pertandingan video TikTok Edisi Malaysia Membaca ini adalah bertujuan untuk meningkatkan amalan membaca serta mengasah bakat dan kemahiran kreatif generasi muda dalam penghasilan video yang bersifat informatif dan mendidik serta mengimbangi kebanjiran video dalam media sosial khususnya melalui pelantar aplikasi TikTok.

Pelanjutan tarikh Pertandingan Video TikTok Edisi Malaysia Membaca, kini dilanjutkan hingga 31 Mei 2023.

Syarat penyertaan untuk pertandingan ini masih dikekalkan dengan menetapkan secara khusus, buku yang dipilih untuk mencipta video pertandingan TikTok ini bersumberkan karya Sasterawan Negara Edisi Membaca terbitan DBP. Sebanyak 15 buku nukilan Sasterawan Negara yang boleh dipilih oleh peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Pilihan judul bagi 15 buku nukilan Sasterawan Negara ini juga masih dikekalkan, seperti:

  • Lingkaran
  • Pertemuan Abadi
  • Bukan Lalang Ditiup Angin
  • Tunggul-tunggul Gerigis
  • Juara
  • Begawan
  • Mahabbah
  • Mata, Rumah dan Merpati
  • Laut Takjub
  • Sebuah Unggun di Tepi Danau
  • Salju Shibuya
  • Anak Tanjung
  • Masuk ke Dalam Cahaya
  • Hatimu Aisyah
  • Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya

Peserta masih lagi diberi pilihan untuk berkreativiti dan bereksperimen untuk menyediakan video sama ada dalam bentuk animasi, drama, sketsa, komedi atau dokumentari. Setiap video yang dimuat naik oleh peserta haruslah disertakan dengan tanda pagar #dbpmalaysia #seniusm #fyp #foryourpage #edisimalaysiamembaca.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.