27 April 2023, 22:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui kerjasama Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK) menganjurkan Pertandingan Melarik Puisi 2023 yang bakal menguji kreativiti peserta dengan membawakan makna puisi dalam bentuk seni coret (doodle) bermula hari ini hingga 16 Jun 2023.

Pertandingan Melarik Puisi 2023 dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu Kategori A bagi peserta dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun dan Kategori B, bagi peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Poster pertandingan Melarik Puisi 2023 anjuran DBP dengan kerjasama PEKOMIK.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan masyarakat bukan Melayu sahaja. Untuk Kategori A pemenang akan menerima hadiah wang tunai. Juara akan mendapat sebanyak RM500, tempat kedua RM400 dan RM300 untuk tempat ketiga. Manakala bagi tiga orang penerima sagu hati akan mendapat wang tunai sebanyak RM200.

Seterusnya, untuk Kategori B pula pemenang turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700 untuk juara, tempat kedua sebanyak RM600, manakala tempat ketiga pula menerima RM500. Tiga pemenang sagu hati akan dipilih dan kesemuanya akan menerima wang tunai sebanyak Rm300.

Untuk pengkarya muda yang berminat menyertai pertandingan ini, peserta boleh menghubungi Encik Faris Idzwan melalui talian 03-2147 9308 atau e-mel [email protected].

Penganjuran ini adalah bertujuan untuk menyeru bakat muda di luar sana agar dapat mencurahkan idea dan kreativiti mereka sebagai inisiatif menyemarakkan lagi dunia sastera tanah air.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.