Oleh Nubailah Nasri
18 April 2023, 15:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Penganjuran Kem Daie Pena Muda peringkat negeri Perlis diharap dapat melahirkan lebih banyak pengkarya muda dalam kalangan pelajar sekolah.

Hal ini dikatakan demikian kerana, penganjuran kem ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan dengan teknik penulisan yang betul dan berkesan.

Perkongsian daripada tenaga pengajar.

Sasaran peserta untuk  program ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4,  sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kem yang diadakan pada 18 April 2023 ini adalah pada peringkat negeri, dan seterusnya akan diadakan pada peringkat Kebangsaan secara bersemuka.

Kem Daie Pena Muda peringkat negeri Perlis yang diadakan pada 18 April 2023 telah diadakan secara dalam talian.

Menggunakan moto “Saat Pena Melakar, Dakwah turut Mekar”, kem ini dimulakan dengan kalam mahabbah daripada Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, iaitu Tuan Haji Mohd Fadzil Seman.

Setiap peserta diminta untuk menghasilkan sebuah cerpen dengan menggunakan tema yang telah diberikan. Karya yang dihasilkan akan dikumpulkan untuk diterbitkan dalam bentuk antologi.

Peserta program ini telah dibimbing oleh dua orang penulis terkenal, iaitu Asri Abidin dan Ku Sunira Ku Johari.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.