18 April 2023, 08:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Cipta Magis Cerita 2.0 anjuran IMAN Publication menyeru penulis di luar sana untuk turut serta dalam Sayembara Novel IMAN 2023 yang bermula kini hingga 15 Oktober 2023.

Pada kali ini, IMAN membuka kembali peluang buat penulis menggapai impian untuk melihat karya mereka diterbitkan dan tersusun di rak kedai buku tempatan dengan karya yang lebih berkualiti untuk pembaca.

Sayembara Novel IMAN 2023 yang julung-julung kali diadakan sempena Cipta Magis Cerita 2.0.

Penyertaan Sayembara Novel Iman 2023 kali ini, mengangkat tema “Berdamai dengan Diri”.

Tema berdamai dengan diri lebih mengutamakan karya berbentuk penyembuhan hati, emosi dan kepuasan buat pembaca.

Kriteria utama untuk penyertaan Sayembara Novel IMAN 2023 antaranya termasuklah:

  • 40 hingga 80 ribu patah perkataan, dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Tiga karya terpilih akan diterbitkan oleh IMAN Publication.
  • Hanya seorang pemenang utama akan dipilih bersama dengan royalti pendahuluan sebanyak RM3000.
  • Peserta haruslah berumur bermula 20 hingga 35 tahun dan tidak pernah menerbitkan buku bersama dengan IMAN Publication.
  • Manuskrip yang dihantar haruslah penuh dan merupakan karya asal.
  • Tarikh akhir penyertaan adalah pada 15 Oktober 2023.

Cipta Magis Cerita 2.0  merupakan pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan buat penulis muda menerbitkan karya mereka sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 tahun ini.

IMAN percaya fiksyen yang menyembuhkan luka-luka masa lalu, sarat dengan turun naik emosi dan perjalanan berdamai dengan diri merupakan cerita yang rumah penerbitan IMAN mahukan.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.