15 April 2023, 11:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pertandingan petah bicara “Seronoknya Raya!” memberikan peluang kepada kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 12 tahun untuk bercerita dan berkongsi pengalaman raya mereka selama tiga minit di hadapan juri khas yang terdiri daripada pelakon tanah air, Pak Rasdi dan Aris Othman, iaitu penggiat teater tempatan.

Seronoknya Membaca: Seronoknya Raya! Merupakan Festival Kenangan Raya anjuran Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 15 April 2023, bertempat di Centre Court, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Persembahan petah bicara daripada peserta pertandingan Seronoknya Raya!

Menariknya, program Seronoknya Membaca: Seronoknya Raya! menampilkan persembahan selingan bercerita daripada Mama yang menerapkan 15 teknik bercerita buat tontonan kanak-kanak sebagai panduan mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang penceritaan.

Perancang Bahasa dari Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, iaitu Puan Filzah Ibrahim atau mesra dipanggil Mama berkongsi 15 teknik bercerita.

Encik Muaz, bapa kepada satu daripada peserta cilik pertandingan “Seronoknya Raya!” mengatakan,

Program seperti ini sangat baik, terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak. Saya amat menyokong usaha DBP untuk meneruskan program kebahasaan seperti ini pada masa akan datang.

Tempat pertama untuk pertandingan petah bicara “Seronoknya Raya!” menjadi milik Wan Auni Mirza Wan Ayub. Manakala, tempat kedua dirangkul oleh Muhammad Amin Afir Muhammad Sharul dan tempat ketiga, disandang oleh Arissa Ayuni Khairul Anuar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.