Oleh Azlin Asmuni
14 April 2023, 15:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Carey – Pendidikan kepada masyarakat orang asli sering menjadi agenda utama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Lantaran itu, sokongan pendidikan harus diberikan secara berterusan kepada masyarakat Orang Asli melalui agensi berkaitan untuk terus menyedarkan mereka akan kepentingan pendidikan.

Selaras dengan usaha ini, Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum (BKPK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil inisiatif membentuk jalinan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Takwa untuk mengadakan Apresiasi Bahasa dan Sastera sempena Program Semarak Ramadan di Kampung Kepau Laut, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor.

Aktiviti program yang berbentuk didik hibur seperti Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dan Bina Kata daripada kad Sahibba Chopp untuk golongan remaja orang asli. Sambutan yang diberikan oleh mereka amat menggalakkan.

Pertandingan Bina Kata daripada kad Sahibba Chopp mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh JAIS.

Pada program ini turut disampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh JAIS. Turut sama memeriahkan program ini ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantapan Kefahaman Islam, Bahagian Dakwah, JAKIM, Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Encik Mohamad Anis Othman.

Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, DBP, iaitu YBrs. Dr. Azizul Haji Ismail menyantuni kanak-kanak Orang Asli.

DBP pula diwakili oleh Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, DBP, iaitu YBrs. Dr. Azizul Haji Ismail.

Kehadiran lebih 200 orang masyarakat orang asli Kampung Kepau Laut telah mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan masyarakat dan agensi selain memastikan pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli terus terjamin dan dapat ditingkatkan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.