7 April 2023, 15:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Adakah anda seorang penulis, editor, pembaca pruf atau penyelenggara? Himpunan Writerpreneur bersempena dengan pesta buku antarabangsa bakal memberikan pendedahan tentang keperluan pemikiran terhadap perkataan dan memberikan motivasi kepada penulis yang akan diadakan di Bilik Kuala Lumpur, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 27 Mei 2023.

Himpunan Writerpenuer diadakan adalah bertujuan untuk mencipta jaringan sosial, menjadi saudagar perkataan dan membina imej penulis yang dihormati dengan membawa tujuh orang pembicara yang bakal mengupas isu berkenaan bagaimanakah ingin menjadi penulis dan usahawan dalam penulisan?

Poster Himpunan Writerpreneur yang akan diadakan di Bilik Kuala Lumpur, WTCKL pada 27 Mei 2023.

Menariknya, panel pembicara yang turut serta dalam Himpunan Writerpenuer ini bakal berkongsi perihal Seni Melariskan Jualan Buku, Menjana Pendapatan Melalui Perkhidmatan Ghost Writer, Mencipta Pengikut Berkualiti/Mencipta Penulisan Bermanfaat, Penulis Mandiri Terus Bangkit, Kesan Jenama Diri Terhadap Jualan Buku dan Warna-warni Dunia Buku.

Program ini bukan sahaja menghidangkan input ilmu, kejiwaan kepada pembaca untuk terus berfikiran jauh tentang tulisan yang boleh memberikan sesuatu, tetapi juga menjadi sumber pendapatan kepada penulis itu sendiri.

Penulis, khususnya penulis muda dialu-alukan untuk turut serta menimba ilmu perniagaan penulisan dan mula mendaftar di pautan https://himpunanwriterpreneur2023.my.canva.site/

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.