6 April 2023, 15:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Fixi rumah penerbitan novel urban dan kontemporari Malaysia sekali lagi memberikan peluang dan ruang kepada penulis yang mahu mencabar diri mereka bagi penghantaran manuskrip untuk Sayembara Fixi 4, tahun 2023.

Penyertaan Sayembara Fixi 4 pada kali ini memberikan peluang kepada penulis tanpa had genre dan tema untuk diketengahkan dalam karya mereka. Enam orang pemenang yang dipilih bakal menerima royalti pendahuluan sebanyak RM5000 bagi setiap seorang.

Fixi kembali menganjurkan Sayembara Fixi 4.

Syarat-syarat penyertaan bagi #SayembaraFixi4 adalah seperti yang berikut:

  • Bahasa Melayu dengan campuran bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian jalan cerita.
  • Hakim terdiri daripada mereka yang pernah menyunting beberapa buah buku Fixi, dengan maklum balas daripada beberapa pelanggan #FixiSubs2023.
  • Enam buah buku yang terpilih tidak akan dikeluarkan secara serentak tetapi secara berperingkat pada 2024.
  • Keputusan akan diumumkan sebelum 31 Disember 2023.
  • Penggunaan jenis muka taip teks dan kedudukan teks terpulang kepada peserta. Manuskrip perlu dihantar dalam Microsoft Word.
  • Tiada had untuk jumlah penyertaan novel atau bilangan penulis untuk sesuatu novel.

Kreativiti tanpa limitasi yang disediakan oleh rumah penerbitan Fixi dilihat sebagai pelantar yang sesuai bagi penulis muda meneroka gaya dan identiti penulisan mereka dengan gaya yang lebih segar dan plot penceritaan yang lebih kritis.

“Sama-sama gunung didaki, sama-sama turun ke lembah sepi, suka duka bersama dirasai.” Penulis diseru bagi menyertai dan menghantar manuskrip novel lengkap (50 hingga 70 ribu patah perkataan) dengan disertakan sinopsis sebanyak satu halaman muka surat dan biodata di alamat e-mel, [email protected] selewat-lewatnya 31 Julai 2023.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.