4 Februari 2023, 07:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Mengangkat tema “Kulirik Jendela, Langit Masih Berkaca-kaca”, Malam Baca Puisi Bulanan PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) telah diadakan pada 3 Februari 2023, pukul 8.00 malam, bertempat di Rumah PENA, Kuala Lumpur. Program ini merupakan kerjasama dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Majlis Perbadanan Buku Kebangsaan Malaysia. Turut hadir sebagai tetamu khas ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu YBrs. Dr. Hazami Jahari.

 

Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari turut hadir sebagai tetamu khas pada malam itu.

Malam Baca Puisi PENA: Aspirasi Orang Muda pada kali ini menampilkan Rajaratu, iaitu penulis dan pemuisi muda dengan pilihan lagu puisi baharu ciptaan mereka sebagai ikon penulis dan pemuisi muda. Tampil dengan dua buah ciptaan lagu puisi mereka yang berjudul “Bintang Senja” dan “Geriak”.

Kami melihat Malam Baca Puisi Pena Bulanan PENA ini sebagai satu inisiatif yang baik dan patut diperkembangkan kepada semua golongan. Program seperti ini memberikan banyak kebaikan dari segi memartabatkan bahasa dan sebagai platform kepada kami, anak muda untuk berkarya.

Rajaratu mempersembahkan dua buah lagu puisi bertajuk “Bintang Senja” dan “Geriak” pada Malam Baca Puisi Pena: Aspirasi Orang Muda.

Rajaratu merupakan kumpulan serangkai yang sering mempamerkan bakat mereka melalui penulisan lagu puisi dalam pelbagai genre. Adrianna Wahid, penyanyi yang mendendangkan lagu puisi “Bintang Senja” dan “Geriak” ini turut berkongsi perancangan Rajaratu dan kelainan yang bakal dipersembahkan oleh mereka pada masa akan datang. Kongsinya,

Kami bakal menerbitkan album pertama berbentuk akustik dan kemudiannya akan ditambah baik dengan pelbagai genre. Pada awalnya, kami bermula dengan Zine yang bertajuk Pinjam Alam dan mula mempersembahkan puisi dalamnya sebagai lagu puisi. Dari segi kelainan persembahan pula, kami mungkin akan lebih bermain dengan ruang pentas.

Malam Baca Puisi PENA: Aspirasi Orang Muda sekali lagi berjaya membuktikan kemampuan PENA sebagai sebuah persatuan penulisan yang berani membawa idea dan suara muda dalam sebuah persatuan yang sudah bertapak lama sejak tahun 1961 lagi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.