Oleh Nazrul Aziz
26 Januari 2023, 20:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Terengganu – Bersempena “Majlis Perbarisan Penghargaan” kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu, YS PPjB Md Hilman Abd Rashid, satu persembahan deklamasi puisi telah diadakan sebagai tanda penghargaan mengenang budi dan jasa beliau sepanjang berkhidmat dalam JBPM.

Majlis yang berlangsung pada 26 Januari 2023 ini telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Terengganu. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Pengarah JBPM, pengurusan tertinggi JBPM, pengarah bomba negeri, pegawai kanan JBPM Negeri Terengganu, pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Terengganu.

Persembahan puisi berjudul “Buat Kesekian Kalinya Gurindam Kasih Buat Yang Setia Pengarah” yang disampaikan oleh Mohd Anuar Mamat.

Dalam majlis tersebut, Penolong Penguasa Bomba, JBPM Negeri Terengganu, iaitu Mohd Anuar Mamat telah mendeklamasikan puisi berjudul “Buat Kesekian Kalinya Gurindam Kasih Buat Yang Setia Pengarah”. Yang menariknya, puisi tersebut disampaikan dalam loghat Kuala Berang.

Puisi ini mengisahkan jasa bakti yang telah diberikan oleh YS PPjB Md Hilman Abd Rashid sepanjang berkhidmat bersama-sama JBPM. Selain itu, puisi ini turut menzahirkan ucapan penghargaan atas perkhidmatan beliau selama ini.

“Majlis Perbarisan Penghargaan” ini dimulakan dengan YS Pengarah JBPM Negeri Terengganu menerima tabik hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan baris. Nyanyian lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa turut berkumandang serta bacaan doa dipanjatkan agar majlis yang diadakan ini diberkati oleh-Nya.

Tuan Md Hilman Abd Rashid memulakan tugas di JBPM bermula pada tahun 1984 dan jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengarah JBPM Negeri Terengganu. Sebelum itu beliau merupakan pengarah di JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya. Semoga Tuan Md Hilman terus maju jaya!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.