26 Januari 2023, 12:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Nurul Ayu Safrina Sukarno

Khamis – Pelajar tahun 2, Major Penulisan, Fakulti Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan “Program Penghasilan Naskhah Puisi Siri (II)”, bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut, Kota Belud. Pelaksanaan program ini adalah hasil usaha sama daripada pensyarah kursus Penulisan Puisi, iaitu Encik Mashor Awang Long dengan Nurul Ayu Safrina Sukarno yang bertindak sebagai pengarah program.

Cikgu Norawi Haji Kata berkongsi tentang cara menulis puisi.

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang penulisan puisi kepada murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut, Kota Belud. Program ini juga telah dijalankan dengan jayanya atas kerjasama dengan pihak sekolah. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut yang juga Presiden Persatuan Sastera dan Budaya Sabah (PSBS), iaitu Cikgu Norawi Haji Kata sama-sama turun padang untuk menjayakan program ini. Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi tentang cara menulis puisi.

Murid Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut, Kota Belud mendeklamasikan puisi.

Program ini dilihat dapat memberikan bimbingan kepada murid tahap 2 dalam menghasilkan puisi dan cara mendeklamasi puisi. Melalui program ini, murid yang masih berada di bangku sekolah berpeluang menghasilkan karya (puisi) sendiri. Hasil daripada program tersebut, beberapa bakat baharu dalam mendeklamasikan puisi dapat dicungkil. Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh  Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pendidikan, iaitu Tuan Mokilau.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.