Diterbitkan pada 12 Disember 2022, 12:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Selangor – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan program Malam Teater Ekonomi (MTE) yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 10 dan 11 Disember 2022. Program yang bermula pada pukul 8.00 malam ini diadakan di Auditorium Utama, UIAM.

Objektif utama MTE ini adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat berkaitan isu asas ekonomi, terutama perihal kemelesetan ekonomi dan galakan kesejahteraan ekonomi serta standard moral Islam kepada masyarakat. Selain meningkatkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan mereka dalam ekonomi.

MTE menampilkan bakat muda dalam arena seni teater tempatan dengan lakonan dan penulisan naskhah yang berkualiti. Persembahan ini melibatkan pelibatan daripada Majlis Pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Bachelor of Economics Student Council) sebagai penganjur di bawah nama Prolegomenastudio. Sasaran peserta untuk program ini lebih memfokuskan pada komuniti UIAM itu sendiri dan orang awam.

Menariknya, MTE ini telah mempersembahkan dua teater dalam satu malam yang sama. Teater “Narkoba” dan “The Whiz Kid” kedua-duanya mendapat respons positif daripada penonton dengan mengangkat isu berkaitan dengan ekonomi semasa.

Galakan dan sambutan yang diterima oleh penonton selama dua hari persembahan ini berjaya membuktikan bahawa anak muda dari landasan yang bukan seni juga mampu menghasilkan karya yang berkualiti, setanding dengan pemain industri yang lain.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi