5 Disember 2022, 22:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bersempena dengan aktiviti Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Pemasaran dan Pengedaran dan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja telah mengadakan sesi bual bicara buku melalui slot Resensi Buku: Jambatan Hati dan Minda: Asal Usul Batu Badak dan Batu Kerbau.

Sesi bual bicara tersebut menampilkan Azimin Daud selaku pembicara dan Armin Azhari Saleh, Ketua Editor BKR sebagai moderator.

Azimin Daud (kiri) bergambar bersama-sama Armin Azhari Saleh dan sidang editor daripada Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja.

Dalam slot yang berlangsung kira-kira satu jam ini, Azimin Daud berkongsi dengan tetamu yang hadir tentang penghasilan naratif dalam buku Asal Usul Batu Badak dan Batu Kerbau. Menurut beliau, buku ini berkaitan dengan artifak batu badak dan batu kerbau yang masih wujud.

Kulit hadapan buku Asal Usul Batu Badak dan Batu Kerbau.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa gambar ilustrasi yang dihasilkan oleh Mohd Akbar Omar dalam bukunya itu menjadi tarikan kepada kanak-kanak untuk membaca cerita tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat merangsang psikomotor halus dan minda kanak-kanak secara positif.

Di samping itu, penulis turut menyatakan perihal keunikan gaya bahasa yang dipersembahkan, iaitu penerapan elemen bahasa berirama yang sekali gus memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan keindahan bahasa Melayu. Sesi bual bicara yang turut dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan ini berakhir pada pukul 6.30 petang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.