Oleh Nazrul Aziz
5 November 2022, 10:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bunga raya dipetik sunti,
Kelopak lima merah membara;
Rakyat Malaysia bersatu hati,
Teguh bersama membina negara.

Kelopak lima merah membara,
Rantingnya kayu tidaklah sekah;
Teguh bersama membina negara,
Berganding bahu mengorak langkah.

Rantingnya kayu tidaklah sekah,
Tumbuh berseri di kala pagi;
Berganding bahu mengorak langkah,
Majukan pertiwi seiring teknologi.

Tumbuh berseri di kala pagi,
Warna ceria berona pekat;
Majukan pertiwi seiring teknologi,
Keluarga Malaysia hidup muafakat.

Warna ceria berona pekat,

Bangkitkan aura seluruh kawasan;

Keluarga Malaysia hidup maufakat,

Teguh bersama membina wawasan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.