Oleh Nubailah Nasri
28 Oktober 2022, 11:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Pada 27 Oktober 2022, sebanyak 30 orang guru telah menyertai Program Tarian Pena Lakaran Rasa. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Bahasa sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Perpustakaan Awam negeri Perlis.

Program ini menampilkan Muhammad Nur Saiful Ghazali sebagai penceramah. Program ini merupakan bengkel penulisan kreatif yang diadakan sebagai persediaan untuk menerbitkan antologi sempena hari guru tahun 2023. Antologi yang bakal diterbitkan ini akan memuatkan karya pelbagai genre seperti cerpen dan sajak.

Muhammad Nur Saiful Ghazali.

Menurut Harizah Jaafar, Sisc plus Bahasa Melayu, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis mengatakan bahawa program ini diadakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat guru dalam bidang penulisan kreatif. Selain itu juga, beliau berharap setiap guru yang hadir ke bengkel tersebut akan dapat menghasilkan karya dan menghantarnya pada masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Sebanyak 30 orang guru menyertai bengkel asas penulisan kreatif.

Dalam ceramahnya, Muhammad Nur Saiful banyak menekankan aspek teknik penulisan khususnya bagi penulis baharu. Selain itu, beliau juga meminta guru supaya berani menghasilkan penulisan dengan mengetengahkan idea baharu dalam karya mereka yang bakal diterbitkan kelak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.