4 Ogos 2021, 15:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2021 peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) telah mengadakan Persembahan Puisi Artistik Wajah Merdeka yang diadakan menerusi Studio Siaran Langsung DBP dan JendelaDBP.my

Program bacaan puisi yang diadakan pada pagi tadi telah menampilkan penyair terkemuka tanah air iaitu Dato’ Rahman Shaari, Dato’ Profesor Emeritus Hashim Yaacob, Abot, Zaen Kasturi, Wacana Minda, Datin Barupawati Utamaju, Razali Mohd Yusof, Dr. Sheila RS dan Ahmad Ramli. Selain itu, persembahan tersebut turut menampilkan penyair muda tanah air seperti Raihani Mohd Saaid, Syahidatul Munirah, Farah Wahidah dan Intan Marhayu.

Sebagai pembukaan persembahan, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP, Dr. Abang PatdeliĀ Abang Muhi turut menyampaikan kata alu-aluan dan mengatakan bahawa persembahan puisi artistik tidak diadakan dengan begitu meluas di negara kita, namun dengan inisiatif daripada PENYAIR, kegiatan persembahan puisi artisitik semakin meluas diadakan.

Persembahan penuh tersebut boleh ditonton di sini.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.