Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Rumah penerbitan JIWA telah mengadakan Instagram langsung pada hari ini, 1 Julai 2021, pukul 11.00 pagi tadi. Sesi soal jawab berkenaan buku terbitan JIWA itu tadi dikendalikan oleh Mohd Hafizul Faiz Hashim, Pengarah JIWA.
Rumah penerbitan JIWA ini giat mempromosikan buku terbitan mereka melalui laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram. Program JIWA bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara penerbit, penulis, booktuber dan pembaca.
“Buku terbitan JIWA sesuai untuk memupuk minat membaca dalam kalangan mereka yang baru hendak bermula untuk membaca. Hal ini dikatakan demikian kerana prinsip penerbitan buku JIWA adalah memujuk, memberikan inspirasi dan menjadi teman kepada pembaca pada setiap masa,” kongsi Faiz tadi.
Antara buku yang dicadangkan oleh beliau ialah Perempuan dari Masa Lalu dan Lelaki yang Disayangi Tuhan.