8 April 2021, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Azshieldha atau lebih dikenali sebagai Shield Sahran merupakan penulis muda yang aktif di Sarawak.

Sebuah program Bicara Orang Muda anjuran bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah berlangsung pada Sidang Kemuncak Belia 2021. Program yang mendiskusikan topik Masa Depan Generasi Alpha di Tangan Generasi Y dan Z ini melibatkan tiga orang panel jemputan iaitu Diyana Abdull Hakim, Khalid Husseine Tuah dan Nur Azshieldha Sahran.

Azshieldha akui generasi Y dan Z serta generasi Alpha adalah saling menyokong dan berkait antara satu sama lain. “Saya melihat generasi Alpha ibarat span di mana mereka menyerap apa-apa sahaja yang dilihat daripada generasi Y dan Z. Beliau turut menyatakan bahawa generasi kini gemar menggunakan medium seperti Tiktok dan Youtube untuk mengekspresikan perasaan. “Medium tersebut sesuai dalam penyampaian sastera seperti sajak, latihan berpidato atau bersyair. Generasi kini perlu menggunakan apa sahaja platform yang sesuai untuk mengembangkan sastera,” ujar penulis muda itu lagi.

Menurut Khalid pula, kemahiran ialah perisai kepada hala tuju kehidupan generasi Alpha kelak. “Mereka perlu ada nilai tambah dari sudut kemahiran selain daripada akademik kerana ruang lingkup kehidupan generasi Alpha ini mempunyai persekitaran kompetitif yang sangat tinggi dan boleh meningkatkan tekanan dalam diri mereka. Jadi untuk merendahkan tekanan ini, mereka perlu mengambil peluang untuk meningkatkan kemahiran diri mereka,” jelas beliau. Program Bicara Orang Muda ini telah berlangsung di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak pada 7 April 2021 yang lalu.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.