25 Mac 2021, 11:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan kerjasama Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) telah mengadakan Bengkel Penulisan Esei dan Kritikan pada 6 Mac 2021. Walaupun negara masih dilanda pandemik COVID-19, namun program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan ahli PUSPA yang dibimbing oleh Dr. Salleh Rahamad, Pensyarah Kanan Jabatan Universiti Malaya (UM) merangkap Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Bengkel tersebut turut dihadiri oleh ahli PUSPA.

Sepanjang bengkel tersebut diadakan, Dr. Salleh Rahamad telah memberikan bimbingan berkaitan teknik penghasilan sesebuah karya sastera yang berkualiti dan sekali gus mampu memberikan kritikan dari sudut akademik. Menurut beliau, seseorang pengkritik dapat dilihat sebagai individu yang mempunyai kemahiran khusus, selain mempunyai pengetahuan yang meluas terhadap sesebuah karya sastera tersebut. Selain itu, peserta turut mendapat bimbingan tentang teknik mencipta ayat yang menarik dalam penulisan karya kreatif dan esei kritikan. Turut merasmikan bengkel tersebut ialah Dato’ Aziz Deraman, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.