Diterbitkan pada 6 September 2024, 10:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pencipta kandungan digital, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman, 31, menjadi inspirasi kepada anak muda apabila kebanyakan daripada generasi Z itu mengagumi kredibiliti beliau di media sosial.

Nama Khairulaming semakin melonjak naik ekoran kandungan media sosialnya yang bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sebagai tanda penghargaan pihak New Zealand untuk kandungan video memasak yang dibuat olehnya di sana.

Pertemuan singkat itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Khairulaming bagi memperkenalkan aneka makanan Malaysia sambil bertukar pandangan mengenai industri pelancongan antara Malaysia dengan New Zealand berkaitan pertukaran eksport daging halal dan produk tenusu.

Perjalanan Khairulaming yang bermula dengan video memasak yang hanya bermodalkan peralatan asas sejak lapan tahun yang lalu, sememangnya memberikan inspirasi kepada anak muda, apabila lebih-lebih lagi kini beliau berjaya memiliki dua buah kilang di Kota Bharu, Kelantan untuk produknya iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi.

Setiap kali dilontarkan soalan mengenai kepentingan pendidikan kepada generasi muda, Khairulaming sentiasa menggalakkan agar generasi muda untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi sebagai persiapan dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi