Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTanjong Malim – Program Guruh Merdeka@PusKeb 2024 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 merupakan satu daripada inisiatif untuk mencungkil bakat serta meningkatkan semangat patriotisme.
Empat pertandingan yang dianjurkan antaranya termasuklah poster kemerdekaan, pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan, pertandingan penulisan puisi kemerdekaan dan pertandingan nyanyian kemerdekaan. Kesemua pertandingan ini telah bermula pada 13 Ogos dan akan tamat pada 30 Ogos.
Dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan 2024 iaitu “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”, penyertaan bagi kesemua pertandingan ini adalah secara individu sahaja. Bagaimanapun, bagi pertandingan nyanyian kemerdekaan akan dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia, manakala tiga jenis pertandingan yang lain hanya terbuka buat staf dan pelajar UPSI sahaja.
Kesemua pertandingan ini boleh disertai oleh pelbagai kaum dan agama serta setiap penyertaan haruslah mempunyai unsur patriotisme.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan boleh hubungi pihak pengurusan melalui talian terus, 011-6390 9890 atau 013-795 9662. Bagi syarat penyertaan dan borang pendaftaran, boleh imbas kod QR yang tentera di poster Guruh Merdeka@PusKeb 2024 melalui laman rasmi Facebook Pusat Kebudayaan UPSI.