Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Nur Hafizah Shaharom
Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka akan berpeluang untuk mengakses 20 pangkalan data yang mengandungi kira-kira 29 bahan fizikal dan 8094 ribu bahan digital secara percuma.
Difahamkan bahawa satu daripada pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan laman portal PressReader.
Melalui program Eksplorasi Digital @ u-Pustaka 2024 Latihan PressReader pengguna portal PressReader boleh mengakses surat khabar dan majalah dari 180 buah negara, yang mana kesemuanya boleh dibaca secara percuma. Malah, pembaca juga boleh memuat turun sebarang bahan bacaan yang terdapat dalam portal tersebut sebagai bahan bacaan simpanan peribadi.

Menurut Pengerusi Bahagian Digital University Book Store Malaysia, Encik David Choo,
Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk membaca semua kandungan yang ada di dalam PressReader. Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana PNM telah melanggan PressReader. Oleh itu, gunakanlah kelebihan ini untuk mendapatkan berita dan bahan bacaan yang sahih.
Walau bagaimanapun, pengguna hanya boleh mendapatkan akses untuk melayari PressReader tanpa had jika pengguna datang ke PNM atau Perpustakaan Awam Negeri Perlis sahaja.
Namun begitu, sekiranya peranti mudah alih pengguna telah disambungkan ke wi-fi PNM atau Perpustakaan Awam Negeri Perlis untuk mengakses pangkalan data PressReader, pengguna akan diberikan peluang untuk melayari portal tersebut selama tujuh hari.
Program Eksplorasi Digital @ u-Pustaka 2024 Latihan PressReader anjuran Kementeriaan Perpaduan Negara Perpustakaan Negara Malaysia yang berlangsung pada 15 Ogos, hari ini telah dihadiri sebanyak 150 orang peserta secara dalam talian.