Diterbitkan pada 13 Ogos 2024, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Aidakhan

Alor Setar – Sebagai usaha mempertingkatkan kemahiran berpuisi, sebuah Bengkel Puisi Artistik anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara melalui kerjasama Biro Pemuisi Negeri Kedah (PBPNK) dan Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) telah dijayakan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah yang telah berlangsung pada 10 Ogos, tempoh hari.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan tentang puisi artistik kepada peserta bengkel dalam aspek pengenalan puisi artistik, sistem pemarkahan, peraturan, kaedah mengarah, unsur bantuan dalam persembahan dan persiapan sebagai seorang deklamator.

Pendedahan yang diberikan terhadap pengenalan tentang puisi artistik ini bakal membuka mata peserta tentang asal usul puisi artistik di bawah bimbingan Pengerusi PEMUISI Negeri Kedah, Encik Samsudin atau lebih dikenali sebagai Pak Din.

Joe K.A.S, penulis dan aktivis teater Kedah berkongsi dalam bengkel bimbingannya bahawa seorang penulis dan pengarah yang mampu merangsang idea persembahan puisi artistik itu haruslah mempunyai rasa, emosi, gambaran ringkas dan padat sesebuah karya atau puisi yang ingin dipentaskan. Tambah beliau,

Dengan mengambungkan empat penceramah yang hebat dalam sebuah bengkel merupakan kesungguhan pihak penganjur dalam memberikan pendedahan kepada peserta terhadap ilmu tentang puisi artistik.

Antara penceramah lain yang turut hadir menjayakan bengkel ini ialah Juara Deklamasi Puisi Artistik peringkat kebangsaan 2022, Encik Saiful dan Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SPDK) Peringkat Negeri Kedah 2024, Puan Zaheera Ibrahim.

Bengkel ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan memberikan bimbingan, panduan dan dorongan kepada para peserta untuk melibatkan diri dalam pertandingan puisi artistik yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi