Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Nik Nur Nasuha Nik Rosli
Kuala Lumpur – Ganjaran wang tunai berjumlah RM 30,000 menanti penulis muda yang bakal memenangi tempat pertama dalam Sayembara Penulisan Kreatif anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sebaik sahaja DBP mengumumkan maklumat dan perincian sayembara tersebut, banyak penulis pemula dan penulis muda yang dilihat tertarik untuk menulis dan menghantar karya mereka dalam sayembara ini.
Hebahan maklumat itu tidak hanya dikongsi melalui laman rasmi DBP sahaja tetapi juga melalui pelantar aplikasi WhatsApp sejurus sahaja poster hebahan itu dimuat naik.
Namun, suara kegelisahan para penulis ini mula kedengaran apabila gusar tentang persaingan sengit melalui sayembara itu yang harus ditempuh oleh mereka.
Walau bagaimanapun, hal ini tidak mematahkan semangat mereka untuk tetap mencuba menghasilkan karya yang berkualiti.
Melalui sayembara ini, terdapat empat kategori utama yang dibuka penyertaannya, antaranya termasuklah kategori novel, drama, cerpen dan puisi.
Berikut merupakan beberapa syarat asas bagi setiap penyertaan yang ingin dihantar kepada pihak urus setia DBP:
Penulis yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi Facebook DBP atau menghubungi pihak DBP menerusi talian 03-21479124/9132.
Borang penyertaaan boleh didapati di sini: