Diterbitkan pada 25 Julai 2024, 09:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kedah– Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Kedah akan menganjurkan Sayembara Menulis Cerpen bermula harini hingga 30 September 2024.

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga negeri Kedah yang berumur 15 tahun ke atas dengan tema “Perpaduan Teras Keharmonian”. Melalui sayembara ini, peserta dibenarkan untuk menukangi dan meneroka pelbagai cerita yang masih menepati tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Cerpen juga mestilah ditulis dalam bahasa Melayu dan tidak lebih daripada 2500 patah perkataan.

Selain itu, Sayembara Menulis Cerpen ini turut menyediakan hadiah yang lumayan kepada para pemenang. Johan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 beserta sijil dan buku, naib johan pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM800 beserta sijil dan buku, tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai bernilai RM600 beserta sijil dan buku, manakala penerima sagu hati akan diterima oleh tujuh orang penerima bertuah dengan mambawa pulang wang tunai bernilai RM300, sijil dan buku.

Penyertaan sayembara ini amat dialu-alukan oleh pihak DBPWU buat semua peserta yang berminat dengan mengimbas kod QR untuk memuat turun syarat peraduan dan borang penyertaan yang telah disediakan di poster rasmi Sayembara Menulis Cerpen. Ayuh! Rebutlah peluang ini dan jadilah satu daripada pemenang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi