Diterbitkan pada 24 Julai 2024, 09:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jurufoto: Norfazrie Isquandy Nurol

Sarawak – Festival Bahasa dan Sastera (FBS) Peringkat Negeri Sarawak 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCSar) melalui kerjasama Persatuan Bersekutu Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Cina Swasta Sarawak telah melabuhkan tirainya setelah berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan gilang-gemilang.

ADUN Kota Sentosa, YB Wilfred Yap Yau Sin yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak ketika ucapan penangguhannya berkata bahawa program seperti ini amat bermakna dalam memperluaskan peranan dan wibawa bahasa, sastera, budaya dan persuratan kebangsaan khususnya kepada pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Sarawak.

“Penganjuran program seperti ini mampu melahirkan pelajar yang intelektual, berfikiran kritis, berkeyakinan dan sensitif terhadap isu-isu di sekeliling serta menyumbang kepada percambahan budaya ilmu,’” ujar YB Wilfred Yap Yau Sin.

Pengarah DBPCSar, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai dalam Ucapan Alu-aluannya berkata bahawa penganjuran pertandingan seperti ini berupaya mewujudkan serta menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah Cina yang akhirnya melahirkan generasi Malaysia yang hebat dalam penggunaan bahasa baku standard dan berkesan.

Persembahan hebat daripada si cilik yang menyandang johan bagi Pertandingan Lagu Berkumpulan, SJK Stampin.

Menurut beliau lagi, penganjuran festival ini juga dapat melahirkan pelajar serta imej masyarakat yang mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.

FBS 2024 pada kali ini turut menganjurkan beberapa siri pertandingan yang berlangsung bermula pada 15 hingga 19 Julai dengan penyertaan daripada semua sekolah jenis Cina dari seluruh negeri Sarawak.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori pertandingan yang terlibat:

Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Sarawak 2024

  • Johan – SM Chung Hua No. 1, Kuching.
  • Naib johan – SM Kai Dee, Bintulu.
  • Tempat ketiga – SM Chung Hua No. 3, Kuching.

Pertandingan Penglipur Lara Moden

  • Johan – Kumpulan Dinasti Shengyunkee dari SM Min Lit, Batu Kawa, Kuching.
  • Naib johan – Kumpulan Bangkitlah Si Kumbang dari SM Chung Hua No. 1, Kuching.
  • Tempat ketiga – Kumpulan Bintang KD dari SM Kai Dee, Bintulu.
  • Sagu hati – Kumpulan SM Katholik dari SM Katholik, Sibu dan Kumpulan Lekang Wijaya dari SM Jalan Riam, Miri.

Pertandingan Bicara Berirama

  • Johan – SM Katholik, Sibu.
  • Naib johan – SM Wong Nai Siong, Sibu.
  • Tempat ketiga – SM Jalan Riam, Miri.
  • Sagu hati – SM Chung Hua No. 1, Kuching dan SM Min Lit, Batu Kawa, Kuching.

Kategori Konduktor Terbaik

  • Lau Ting Yuan dari SM Katholik, Sibu.

Pertandingan Klip Video Pendek

  • Johan – SM Kai Dee, Bintulu.
  • Naib johan – SM Chung Hua No. 3, Kuching.
  • Tempat ketiga – SM Katholik, Sibu.
  • Sagu hati – SM Chung Hua No. 1, Kuching dan SM Pei Min, Miri.

Pertandingan Bercerita (SJKC)

  • Johan – Lincoln Wee Shin Howe dari SJK Chung Hua No. 5.
  • Naib johan – Gloria Siaw Min dari SJK Chung Hua No. 1.
  • Tempat ketiga – Amy Lo Yen Xi dari SJKC Stampin.
  • Sagu hati – Anne Chai You Yee dari SJK Chung Hua No. 2 dan Irfan Lau Ke Fang dari SJK Chung Hua No. 4.

Pertandingan Lagu Berkumpulan

  • Johan – SJK Stampin.
  • Naib johan – SJKC Bintawa.
  • Tempat ketiga – SJKC St. Paul.
  • Sagu hati – SJK Chung Hua No. 3 dan SJK Chung Hua Buntal.
Johan bagi Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Negeri Sarawak 20224, SM Chung Hua No. 1.
Johan bagi Pertandingan Bicara Berirama menjadi milik SM Katholik.

Majlis Penangguhan Festival Bahasa dan Sastera (FBS) Peringkat Negeri Sarawak 2024 dan majlis penyampaian hadiah ini telah berlangsung pada 19 Julai 2024. Yang turut hadir memeriahkan acara tersebut antaranya termasuklah, Pengerusi Persatuan Bersekutu Lembaga Sekolah Menengah Cina Swasta Sarawak, YBhg. Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming; Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bantuan Sarawak, YBhg. Dato Jonathan Chai Voon Tok dan Ahli Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Dato Dr. Jeniri Amir.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi