Diterbitkan pada 15 Julai 2024, 14:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Arja Nuratika Ibrahim

Tanjong Malim – Program Pendidikan Gerakan Kreatif yang melibatkan pelajar dari pelbagai khusus melalui subjek Kaedah Pengajaran Pergerakan Kreatif (APC3183), Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlangsung pada 3 Julai bertempat di Pusat Asuhan Tunas Islam, Kalumpang, Kampong Keliang, Selangor.

Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Prof. Madya Dr. Muhammad Fazli Taib Saearani ketika diwawancara turut meluahkan rasa gembira dan terharu beliau atas pencapaian tugasan yang telah dijalankan oleh pelajar. Kongsi beliau,

Kaedah Pergerakan Kreatif ini banyak memberikan manfaat dalam pembelajaran dalam pergerakan kreatif yang melibatkan tingkah laku murid bagi mengenal pasti bakat dalam diri murid tersebut. Sifat pengajaran memberikan input dalam proses PdPc.

Tugasan kali ini dilihat memberikan ruang dan peluang kepada pelajar UPSI dalam menggabungkan aktiviti fizikal yang melibatkan eksplorasi tubuh badan dalam membantu fleksibiliti murid.

Bakal guru juga boleh menggunakan kaedah pergerakan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai suatu kreativiti dalam kelas bagi menarik perhatian murid sewaktu proses pembelajaran berlangsung, sekali gus menarik minat mereka dalam memastikan murid sentiasa mempunyai ruang untuk bereksplorasi ketika menuntut ilmu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi