Diterbitkan pada 1 Julai 2024, 16:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Wan Nurhuda Kamilah 

Tanjong Malim – Bagi menghargai usaha para pelajar yang mengambil kursus BSK 3103 (Penulisan Kreatif dan Deskriptif), Malam Tunas Kreatif telah berlangsung pada 29 Jun 2024 bertempat di Auditorium Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Malam Tunas Kreatif ini majoritinya melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) daripada pelbagai bidang yang telah bertungkus lumus menghasilkan sebanyak empat buah karya antologi sajak.

Antologi sajak yang dikarang oleh setiap mahasiswa adalah hasil daripada penulisan mahasiswa yang lahir daripada jiwa penuh perasaan duka, sedih dan juga gembira.

Pensyarah kursus BSK 3103 (Penulisan Kreatif dan Deskriptif), Prof. Madya Dr. Ghazali Din turut meluahkan rasa terharu dan kagum beliau dengan setiap antologi sajak yang dikarang oleh mahasiswa. Kongsi beliau,

Saya kira inisiatif  ini merupakan salah satu cara untuk pelajar mula menulis dengan kreatif. Usaha ini juga, sekurang-kurangnya dapat melahirkan mahasiswa yang mahir berkarya.

Tugasan Antologi sajak ini dilihat dapat membuka peluang kepada mahasiswa UPSI untuk berkarya dengan penuh perasaan serta memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkenaan dunia penulisan yang sebenar.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi