Diterbitkan pada 6 Jun 2024, 16:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Perlis – Demi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid, penilaian bagi Pertandingan Pengkarya Muda Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) pada 5 Jun, semalam.

Selain menyediakan platform untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu, matlamat utama program ini adalah untuk menyemai minat murid terhadap bidang penulisan kreatif tempatan yang mana semua peserta diminta menghasilkan sebuah cerpen yang bertemakan “Teknologi dalam Kehidupan”.

Cerpen yang diangkat melalui pertandingan ini rata-rata menyentuh hati para hakim dengan garapan cerita yang mengangkat kisah kehidupan sendiri, kemudian diolah mengikut tema yang dipilih peserta.

Antara cerpen yang menyentuh hati para hakim melalui penilaian pertandingan ini antaranya termasuklah, Putu Mayam Abang Merah Jambu, Rumah Itu dan Jangan Biarkan Laman Sesawang Bersawang.

Menurut En Zulhilmi, Pegawai Pengurusan pertandingan tersebut, pada tahun ini pertandingan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan sebanyak 25 karya berbanding hanya 10 karya cerpen pada tahun sebelumnya.

Barisan juri yang terlibat dalam penilaian pertandingan ini ialah, Puan Ku Sunira Ku Johari, En Aswady Mohammad dan Puan Nor Nubailah Nasri.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi