Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSarawak – Sekolah Menengah Chung Hua No. 1 melalui kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Bengkel Bicara Berirama dan Penglipur Lara Moden untuk pelajar dan pendidik sekolah menengah swasta Cina Sarawak zon selatan pada 29 dan 30 Mei 2024, bertempat di Auditorium SM Chung Hua No. 1.
Bengkel Bicara Berirama dan Penglipur Lara Moden ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta bagi mendalami konsep bicara berirama dan penglipur lara moden yang akan dianjurkan oleh DBP Cawangan Sarawak bersempena dengan Festival Bahasa dan Sastera 2024.

Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Ja’afar Haji Hamdan yang juga merupakan Munsyi Dewan (Sastera) telah diundang sebagai pembimbing dalam program ini. Kongsinya,
Pembinaan skrip yang baik amat penting bagi mempersembahkan bicara berirama kepada penonton. Persembahan bicara berirama akan menjadi semakin menarik apabila disertakan dengan pelbagai seni persembahan seperti dekon, lagu puisi dan syair. Dari sudut penjurian, aspek bahasa, kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata dengan intonasi yang sesuai membawa kepada jumlah markah yang tinggi dalam penilaian panel hakim.
Program bimbingan selama dua hari ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara para peserta dengan pembimbing untuk melihat pemahaman mereka terhadap konsep pertandingan Bicara Berirama dan Penglipur Lara Moden pada bulan Julai 2024 nanti.