Diterbitkan pada 22 Mei 2024, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Perlis – “Saat Pena Melakar, Dakwah turut Mekar” merupakan tema yang menjadi pegangan utama penulis muda bagi Kem Daie Pena Muda peringkat negeri yang berlangsung pada 20 dan 21 Mei yang lalu bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), negeri Perlis.

Program yang menempatkan sejumlah penulis muda ini terdiri daripada peserta yang berumur 16 tahun dan dipilih berdasarkan minat mereka dalam bidang penulisan.

Peserta akan diberikan tunjuk ajar oleh dua orang jurulatih utama negeri iaitu Puan Ku Sunira Ku Johari dan En Asri Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai ABA JASRI.

Peserta melakukan LDK bagi untuk menghasilkan cerpen yang dibimbing jurulatih utama negeri iaitu Puan Ku Sunira Ku Johari dan Encik Asri Abidin.

Para peserta dipecahkan kepada dua kumpulan kecil untuk belajar Teknik penulisan daripada Jurulatih Utama Negeri dan Fasilitator yang dilantik.

Peserta yang terlibat akan dipecahkan kepada dua kumpulan kecil sebelum diminta untuk menghasilkan sebuah cerpen yang mempunyai nilai pengajaran berunsurkan dakwah dalam penulisan mereka.

Menurut seorang daripada peserta kem Daie itu, Solehah Faizul, walaupun mereka mempunyai masa yang singkat, namun beliau berharap  ilmu yang diberikan dapat membantu beliau untuk menghasilkan cerpen yang baik.

Di akhir program, mana-mana peserta yang menghasilkan cerpen yang baik akan dipilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kem ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Tuan Haji Mohd Fadzil Seman.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi